Home About Us Our Services Special Promotion Payment Contact Us
 

 


SOLAT DALAM PERJALANAN
 

SOLAT DALAM PERJALANAN

Jika jarak musafir atau tempat yang dituju itu lebih dari dua marhalah ( 56 batu atau 91 kilometer(  maka Allah memberikan kemudahan kepada kita untuk menjamak dan menqasarkan sembahyang fardhu.


SEMBAHYANG JAMAK

Sembahyang jamak ialah mengumpulkan dua sembahyang fardhu dalam satu waktu samada jamak Taqdim atau jamak Taakhir. Seseorang yang ingin sembahyang jamak ( Taqdim atau Taakhir ) hendaklah keluar dari rumahnya sebelum masuk waktu zohor ( jika ia berhajat untuk menjamak sembahyang Zohor dan Asar ) atau keluar sebelum masuk waktu Maghrib ( jika ia berhajat untuk menjamak sembahyang Maghrib dan Isyak dari qariahnya.


JAMAK TAQDIM

Jamak Taqdim ertinya mengumpul atau menghimpunkan sembahyang yang kedua di dalam waktu pertama seperti sembahyang Fardhu Asar dalam waktu Zohor dan sembahyang Isyak dalam waktu Maghrib.

Syarat-syarat sembahyang jamak Taqdim:

1. Didahulukan sembahyang yang pertama iaitu Zohor, kemudian baru ditunaikan yang kedua iaitu Asar. Begitu juga Maghrib didahulukan, kemudian baru Isyak. Walaubagaimanapun jika diterbalikkan,sah sembahyang jamak tersebut.

2. Berniat untuk sembahyang jamak dalam sembahyang yang pertama ( bermula dari takbiratul ihram atau di tengah-tengah sembahyang selagi belum memberi salam ). Yang afdhalnya dalam Takbiratul Ihram.

3. Mualat iaitu berturut-turut antara dua sembahyang yang dikumpulkan. Jangan diselangi dengan masa yang panjang. Selangmasa yang dibenarkan ialah tidak melebihi kadar masa dua rakaat sembahyang sunat yang ringkas.

4. Masa berkekalan dalam masa musafir hingga Takbiratul Ihram sembahyang yang kedua

 ( tiada disyaratkan sampai tamat sembahyang yang kedua itu ).

5. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama ( Zohor atau Maghrib ) berkekalan hingga didirikan solat yang kedua ( Asar atau Isyak ).

JAMAK TAAKHIR

Jamak Taakhir ertinya mengumpul sembahyang yang pertama di dalam waktu yang kedua. Seperti Sembahyang Zohor dilaksanakan di dalam waktu Asar dan sembahyang Maghrib di dalam waktu Isyak

Syarat-syarat sembahyang jamak Taakhir:

 

1. Hendaklah berniat Jamak Taakhir dalam waktu yang pertama ( Zohor atau Maghrib ) seperti hendak Taakhirkan sembahyang fardhu Zohor ke waktu Asar atau Taakhirkan sembahyang Maghrib ke waktu Isyak iaitu ketika bermulanya masuk waktu Zohor atau Maghrib hinggalah berakhirnya waktu berkenaan.

2. Masih dalam musafir hingga selesai kedua-dua sembahyang.

NOTA :

1. Jarak antara sembahyang dalam jamak Taakhir tidak semestinya berturut-turut, iaitu boleh diselangi dengan masa yang panjang.

2. Tidak boleh jamak ( Taqdim atau Taakhir ) sembahyang fardhu Asar dengan Maghrib atau sebaliknya. Fardhu Isyak dengan Fardhu Subuh atau sebaliknya. Juga tidak boleh jamak sembahyang fardhu Subuh dengan fardhu Zohor atau sebaliknya. Yang dijamakkan ialah zohor dengan Asar dan Maghrib dengan Isyak sahaja.

SEMBAHYANG QASAR

Sembahyang Qasar ialah memendekkan sembahyang empat rakaat menjadi dua rakaat.


Syarat-syarat sembahyang Qasar

 

1. Perjalanan atau musafir yang diharuskan oleh syarak atau bukan kerana membuat maksiat.

2. Perjalanan atau musafir yang lebih dua marhala ( 56 batu/ 91 kilometer)

3. Niat sembahyang Qasar semasa Takbiratul Ihram

4. Solat yang terdiri dripada 4 rakaat ( Zohor, Asar, dan Isyak )

5. Berkekalan musafir ( masih daalam musafir ) sehingga selesai atau sempurna sembahyang.

6. Tidak boleh mengikut orang atau jemaah yang sembahyang secara tamam ( sembahyang yang sempurna empat rakaat )

NOTA :

Kalau diikut Imam sembahyang tamam, wajib ditamamkan sembahyang kita. Orang yang sembahyang tamam boleh berimamkan mengikut orang yang sembahyang Qasar.



LAIN-LAIN PERKARA MENGENAI SEMBAHYANG JAMAK DAN QASAR


1. Sembahyang jamak dan qasar di satu-satu tempat ( dalam musafir ) boleh dikerjakan selama tiga hari tidak termasuk hari sampai dan hari keluar daripada tempat itu.

2. Jika berniat hendak berhenti di satu-satu tempat ( dalam musafir ) selama empat hari atau lebih, maka putuslah musafir sebaik sahaja sampai ke tempat tersebut dan tidak boleh lagi sembahyang jamak dan qasar. Begitu juga kalau berhenti itu kerana hajat yang tidak boleh lagi selesai dalam masa empat hari itu maka putus juga musafirnya. Tetapi kalau berhenti itu kerana hajat yang boleh selesai dalam masa tiga hari ( atau hendak berhenti kurang dari tiga hari ) maka boleh qasar dan jamak selama tiga hari itu, selain daripada hari masuk dan hari keluar.

3. Seseorang berniat hendak berhenti terus dari satu tempat, maka berakhirlah musafir apabila sampai ke tempat tersebut. Ia tidak boleh lagi sembahyang jamak dan qasar kerana ia telah bermukim di situ.

4. Jika ia berhenti di satu tempat ( dalam musafir ) kerana ada urusan yang dijangka selesai dalam masa dua atau tiga hari tetapi urusan itu tidak juga selesai dari sehari ke sehari maka ia boleh terus sembahyang jamak dan qasar sehingga 18 hari.

5. Seseorang bermusafir dalam keadaan tidak tahu tempoh berhenti atau tiada tempat tertentu yang dituju tidak boleh sembahyang jamak dan qasar.

6. Seseorang sedang sembahyang qasar dalam kenderaan misalnya, tiba- tiba sampai ke tempat yang dituju yang tidak dibolehkan jamak dan qasar atau sampai ke tempat asal ( tempat menetap( maka wajib disudahkan sembahyang fardhu itu secara tamam ( penuh empat rakaat ).

7. Jika bermusafir tetapi tidak tahu hukum dan syarat-syarat mengenai sembahyang jamak dan qasar, maka ia wajib sembahyang tamam ( sempurna ) sepanjang musafir.

8. Jika seseorang keluar dari rumah sebelum fajar hari Jumaat, ia diharuskan mengerjakan sembahyang Jumaat. Tetapi jika ia keluar selepas fajar pada hari Jumaat, ia wajib sembahyang Jumaat di mana tempat ia mendengar azan semasa ia bermusafir.

 

For more information, kindly contact our general lines :-
HEAD OFFICE (HQ) - Tel : +603 4022 4444      Fax : +603 4021 4444   
H/P : +6013 323 4444, +6012 257 4444, +6013 3887576
Email : info@umrahajtravel.com.my,lokman@umrahajtravel.com.my,
hajimokhtar@umrahajtravel.com.my,iwan@umrahajtravel.com.my
Special arrangement or special interest kindly contact our :-
Executive Director : Hj Lokman Hj Hamzah - +6013 323 4444, +6012 257 4444
Managing Director : Hj Mokhtar Ahmad +6013 388 7576 
Visa & Outbound Dept : Mr Iwan +6012 645 4580              

WORLD TIME

CURRENCY EXCHANGE

WEATHER INFO

PRAYER TIME

 
OUR ASSOCIATES :


Copyright 2009 UMH Travel & Services Sdn Bhd. All Rights Reserved