Permohonan Visa

PANDUAN PERMOHONAN VISA UMRAH

Setiap Jemaah perlu menyediakan dokumen berikut ;

  1. Passport antarabangsa yang sah tempoh lakunya tidak kurang dari 6 bulan dari tarikh penerbangan             berserta 6 muka surat kosong.
  2. 4 keping gambar berwarna berukuran 6 cm x 4 cm berlatar belakangkan warna putih.

Bagi wanita wajib menutup kepala (bertudung) berwarna hitam atau gelap, manakala bagi lelaki tidak digalakkan untuk menutup kepala (memakai songkok/kopiah)

 

  1.  Kad suntikan ACYW135 @ surat pengesahan daripada doktor kerajaan atau swasta.

 

Bagi Jemaah wanita bawah 45 Tahun/lelaki bawah 18 tahun ;

Pergi bersama mahram

  1. Salinan sijil nikah bagi wanita yang sudah berkahwin (COP JAIS & WISMA PUTRA)
  2. Bagi wanita yang bermahramkan bapanya – Salinan sijil lahir (COP JPN & WISMA PUTRA)
  3. Bagi wanita yang bermahramkan adik beradik lelaki – Salinan kad pengenalan adik beradik lelaki tersebut dan salinan sijil lahir kedua-duanya (COP JPN & WISMA PUTRA)
  4. Bagi wanita yang bermahramkan anak lelaki – salinan sijil lahir anak lelaki tersebut (COP JPN & WISMA PUTRA)    

 

Mahram bersama bapa tiri (yang belum berkahwin)

  1. LETTER OF CONSENT dari bapa kandung/adik beradik lelaki kandung (COP PESURUHJAYA  SUMPAH & WISMA PUTRA)
  2. Salinan kad pengenalan bapa kandung/ adik beradik kandung (COP JPN & WISMA PUTRA)
  3. Salinan sijil lahir anak tiri (COP JPN & WISMA PUTRA)
  4. Salinan surat hak jagaan anak dari mahkamah syariah (COP WISMA PUTRA)
  5. Jika bapa kandung tiada/meninggal dunia, sila sertakan SALINAN SIJIL MATI (COP JPN & WISMA PUTRA)

      

 Mahram bersama bapa tiri (yang sudah berkahwin)   

  1. LETTER OF CONSENT dari suami (COP PESURUHJAYA SUMPAH & WISMA PUTRA)
  2. Salinan sijil nikah (COP JAWI & WISMA PUTRA)
  3. Salinan kad pengenalan suami (COP JPN & WISMA PUTRA)
  4. Salinan sijil lahir anak tiri (COP JPN & WISMA PUTRA)
  5. Salinan surat hak jagaan dari mahkamah syariah (COP WISMA PUTRA)
  6. Jika suami tiada/meninggal dunia, sila sertakan SALINAN SIJIL MATI (COP JPN & WISMA PUTRA)

    

Mahram bersama bapa saudara (sebelah bapa)

  1. LETTER OF CONSENT dari bapa kandung/ adik beradik lelaki kandung (COP PESURUHJAYA SUMPAH & WISMA PUTRA)
  1. Salinan sijil lahir anak, bapa kandung dan bapa saudara/ adik beradik lelaki kandung (COP JPN & WISMA PUTRA)
  1. Salinan kad pengenalan bapa kandung/ adik beradik lelaki kandung (COP JPN & WISMA PUTRA)
  1. Jika bapa kandung tiada/meninggal dunia, sila sertakan SALINAN SIJIL MATI (COP JPN & WISMA PUTRA)

 

Mahram bersama bapa angkat (bin dengan nama bapa angkat)

  1. Salinan surat pengambilan anak angkat (COP WISMA PUTRA)
  2. Salinan surat lahir anak angkat (COP JPN & WISMA PUTRA)

 

Mahram bersama bapa angkat (bin dengan nama lain)

  1. Salinan surat pengambilan anak angkat (COP WISMA PUTRA)
  2. Salinan surat lahir anak angkat (COP JPN & WISMA PUTRA)
  3. Salinan surat perintah mahkamah (COP WISMA PUTRA)

 

Bagi Muallaf yang pergi bersama suami/ adik beradik lelaki kandung:

  1. Salinan kad/ surat memeluk agama islam
  2. Salinan sijil nikah/ salinan sijil lahir kedua-duanya

 

Warganegara asing ;

  1. Salinan permit kerja / visa pelajar yang tempoh lakunya tidak kurang dari 6 bulan atau salinan kad pengenalan
  2. Permohonan untuk warganegara asing yang tidak mempunyai dokumen di atas tidak akan dilayan sama sekali kecuali mempunyai hubungan suami isteri dengan warganegara
  3. Pembantu rumah yang pergi perlu diiringi oleh majikannya
  4. Pekerja warganegara asing perlu disertakan bersama surat pengesahan daripada majikan tempat kerja
  5. Jika passport Indonesia/ Thailand/ Filipina/ Pakistan SUAMI ISTERI memiliki permastautin tetap

(PR) salinan sijil nikah (luar dari Malaysia) perlu disahkan di KEDUTAAN & WISMA PUTRA.

NOTA PENTING ;

  1. SEMUA DOKUMEN SOKONGAN PERLU DISERAH SEGERA
  1. SEKIRANYA JEMAAH GAGAL BERBUAT DEMIKIAN PIHAK UMH TRAVEL TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS KELEWATAN PEMPROSESAN VISA.